“Bahwa Junjungan Nabi s.a.w. apabila ia berbaring di tempat tidurnya pada tiap-tiap malam, Ia menghimpunkan dua tapak tangannya kemudian ia hembuskan [Yakni: meludah dengan tidak ber air ludah] pada keduanya dan membaca
(Bismillaahir Rahmaanir Rahiim)
( Qul huwallaahu ahad. Allaahush-shamad. Lam yalid wa lam yuulad walam yakul lahuu kufuwan ahad) dan
(Bismillaahir Rahmaanir Rahiim)
(Qul a’uudzu birabbil falaq. Min syarri maa khalaq, Wamin syarri
ghaasiqin idzaa waqab. Wamin syarrin naffaatsaati fil ‘ uqad, Wamin
syarri haasidin idzaa hasad.) dan
(Bismillaahir Rahmaanir Rahiim)
(Qul a’uudzu birabbin naas, Malikin naas, Ilaahin naas, Min
syarril waswaasil Khannaas, Al-ladzii yuwaswisu fii shuduurin naas.
Minal jinnati wan naas.)
Pada keduanya kemudian menyapu seberapa dapat daripada badannya; Ia
mulai dengan menyapu keduanya atas kepalanya dan mukanya dan yang di
hadapan dari pada badannya. Di perbuatnya yang demikian itu sebanyak tiga
kali.”
Menurut hadis ini nyatalah bahwa hembusan atau ludahan pada dua tapak
tangan itu adalah di buatnya sebelum membaca tiga surah-surah tersebut.
Akan tetapi menurut riwayat yang lain pula bahwa hembusan atau ludahan
pada keduanya itu adalah sesudah membaca, dan perbuatan yang semacam ini
adalah lebih sempurna.
Adapun banyak bacaan menurut hadis tersebut zahirnya adalah sekali
sahaja. Setelah habis beliau membacanya maka di sapukanlah dengan kedua
tapak tangannya ke atas lembaganya. Beliau mulakan dengan menyapu ke
atas kepalanya kemudian mukanya, lalu menurun menyapu badannya yang di
hadapan; iaitu dadanya dan yang berdekatan dengannya. Perbuatan beliau
yang demikian itu tiga kali.(**)
(**)Bolehjadi – kata petunjuk itu- kembali kepada perbuatan menyapu
sahaja, maka ber ertilah membaca ke tiga-tiga surah itu sekali. Dan
boleh jadi kalimah tersebut menunjukkan kepada kesemua perbuatan, yaitu
menghimpun dua tapak tangan dan membaca surah, menyapu. Inilah yang
lebih utama, sesuai dengan riwayat yang mengatakan tiga kali baca.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar